Hi, how can we help?

[Shopee Video] Bagaimana saya boleh mencipta dan mengedit Shopee Video saya?

Bahasa Malaysia | English

Anda boleh mencipta video dan menetapkan profil Shopee Video melalui aplikasi Shopee.


Mencipta Shopee Video Anda


Langkah 1: Pilih ikon Kamera

Langkah 2: Tekan pada butang Rakam untuk merakam video baru

Langkah 3: Anda boleh mengedit video ataupun terus memilih Seterusnya untuk meneruskan tanpa mengedit video

Langkah 4: Memenuhi kapsyen ke video anda

Langkah 5: Klik Memuat Naik


⚠️Nota:


  1. Anda boleh menyimpan video di galeri anda atau berkongsi video tersebut di media sosial sebelum memuat naik video.



Anda boleh mengedit video dengan ciri-ciri yang tersedia untuk menjadikan video anda lebih menarik dengan:

Ciri

Langkah-Langkah

Menyesuaikan penampilan video

Pilih ikon Kecantikan untuk guna ‘effects’ yang boleh membuat video lebih menarik secara visual.

Menambah ‘filter/effects’

Pilih ikon ‘Magic’ untuk menambah ‘filter/effects’ kepada video untuk membuat video anda lebih kreatif.

Menambah bunyi

Pilih ikon Tambah Muzik untuk memilih muzik atau bunyi yang akan digunakan dalam video.

Menetapkan tempoh

Pilih ikon Penyunting untuk ringkaskan tempoh video.

Menambah stiker

Pilih ikon Stiker untuk menambah stiker ke dalam video.

Menambah teks

Pilih ikon Teks untuk menambah teks ke dalam video.


Menambah Produk


Langkah 1: Tekan pada Tambah Produk pada halaman Tambah Kapsyen

Langkah 2: Pilih produk yang ingin anda tambah

Langkah 3: Klik pada Memuat Naik


⚠️Nota:

  1. Anda boleh menambah sehingga 6 (enam) produk kepada 1 (satu) video.



Anda boleh melihat produk yang dipaparkan pada ikon beg oren dalam video anda.



💡 Tip:


  1. Akaun Shopee anda akan disambungkan kepada akaun Shopee Video anda. Oleh itu, nama pengguna dan foto profil Shopee Video anda akan mengikuti profil akaun Shopee anda.
  2. Penjual boleh menukar nama pengguna akaun Shopee mereka sekali setiap 30 hari.


Untuk maklumat lanjut mengenai Shopee Video, klik di sini.

Was this article helpful?
Yes
No